FIM ASIA Supermoto Championship 2016


Semalam aku pergi menyaksikan FIM ASIA Supermoto Championship 2016 yang bertempat di Stadium Shah Alam bersama dengan team Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih bro Ben ajak aku join sekali. Event yang kena dengan jiwa aku, kompom aku tak lepaskan nak tengok hihi.. Bak kata istieri aku... Geng lelaki memang tak dapat dipisahkan dengan sukan motor haha..

Event FIM ASIA dianjurkan oleh Asia Supersports Group. Gabungan antara Bikenation Motorsports Sdn Bhd, CW Media Sdn Bhd dan E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd. 

Dating dengan budak notty ni.haha..


Sesi Qualifying dan SuperChrono



Terkejut aku dapat tahu ada pelumba wanita join jugak dalam Malaysian Supermoto Championship (MSMC) . Kagum aku dengan pelumba wanita ni, Siti Fatimah Husna. Rilex je dia bawa motocross bersaing dengan pelumba lelaki yang lain.

Pelumba wanita tunggal dalam MSCS 2016



Smart gak helmet ni..

 3 Pelumba Malaysia Sertai  FIM ASIA Supermoto Championship 2016

Aku cukup bangga dengan diorang pelumba Malaysia yang masuk ke final dan diorang antara top 10 dalam carta. Pelumba Malaysia diwakili oleh Muhd Habibullah (Gabit), Muhd Al-Amirul (Gaban) dan Khairi Zakaria. Semoga berjaya team Malaysia.



Aku harap banyak lagi syarikat yang dapat menaja sukan permotoran seperti ini dan sokongan dari semua dalam usaha untuk memajukan sukan permotoran di Malaysia. Buka peluang kepada anak muda dari terlibat dengan lumba haram. 


Pesanan: Lagi best jika kekalkan tanpa sebarang bayaran untuk menyaksikan kehebatan sukan permotoran ni. hiihi.. (Nak pergi motoGP, tiket mahal sangat haha)..