Alhamdulillah, ada rezeki menarik untuk aku hari ini, dihadiahkan "Ensiklopedia Akhlak Muhammad S.A.W." oleh teman. Terima kasih sahabat. Setebal 902 (!!!!!!) muka surat, untuk ditelaah dan difahami dan diteladani. Aku bukanlah seorang yang rajin membaca. Seolah-olah terbayang buku tebal ini akan terbiar sepi ditemani debu di atas rak.

Secara sepintas lalu, buku ini sangat padat. Senarai isi kandungannya sahaja setebal 27 muka surat. Yang menarik ialah penggunaan bahasa yang sangat "kearaban" dari segi lenggok bahasa, dan gaya penulisan seolah-olah penulis sedang bercakap dengan pembaca, bukan sekadar berbicara. Kemudian baru aku menyedari ini ialah terjemahan dari penulis Mahmud al-Misri. al-Misri bermaksud dari Mesir kalau tak silap aku.

Apa pun, selamat berjaya pada diri aku sendiri, semoga gigih membaca (rasanya aku akan baca tak?).