Penginapan Grand Lexis Port Dikcson


Pemandangan sekitar Grand Lexis Port Dikcson sangat mengujakan.  Sesuai untuk percutian romantik dan mesra keluarga. Dapat juga akhirnya aku bawa isteri ke sini. Pemandangan hotel memang sangat cantik dan nampak exclusive. Pekerja juga sangat mesra dan sangat membantu jika kita memerlukan sebarang pertolongan. Suasana juga tidak riuh sangat mungkin sebab aku check in pada hari ahad dan check out hari seterusnya.

Rate harga disini agak mahal berbanding dengan hotel biasa mungkin kerana fisiliti yang diberikan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Jika rate hujung minggu lebih mahal jadi aku berbincang dengan isteri untuk menginap pada hari ahad. Rate harga pada hari ahad adalh RM570.00 termasuk dengan sarapan pagi.

Berminat boleh rujuk: http://www.grandlexispd.com/