Percutian Ke Bali Indonesia 


Dengan voucher bernilai RM300 sahaja untuk 2 orang, aku dan isteri dapat terbang dan penginapan yang selesa serta paling penting sangat murah. Tidak dapat aku gambarkan betapa indahnya pemandangan Bali, akhirnya aku sampai jugak di Bali Indonesia. Trip percutian yang aku tak rancang tapi dilaksanakan oleh isteri aku dalam diam. Ermm nak marah? Tak sampai hati sebab dia dah siap beli baru maklumkan pada aku. haha..

Percutian Ke Bali Indonesia


Tiket flight dgn hotel untuk dua orang hanya RM300 je. Dapat terbang dengan Malindo Air dan hotel 7Days Premium Kuta Bali Indonesia bertaraf 3 bintang. Walaupun hotel tu hanya 3 bintang bilik nya sangat selesa untuk pasangan yang masih dalam mood berbulan madu. Ada kolam renang yang cantik dan juga disediakan bersama sarapan pagi. Lagi pun kawasan hotel yang aku tinggal tu berdekatan dengan kedai makan yang halal. Tau sahaja lah disini perlu berhati-hati dalam pemilihan kedai makan kerana ada yang jual daging b.bi tu.

Penerbangan Malindo Air
Hotel 7Days Premium Kuta Bali Indonesia
Tip untuk korang pilih kedai halal, pertama korang tengok ada tanda halal dan kedua korang buat-buat tanya macam nak beli daging b.bi tu. hihi Yelah kalau korang tanya ada jual daging b.bi tak kepada peniaga mesti dia kata tak ada sebab nak dapat pelanggan.haha Tip aku dapat dari pak supir yang bawa aku dan isteri sepanjang berada di Bali.

Hari Pertama Percutian Ke Bali Indonesia

Flight aku ke Bali dapat petang, sampai je dah malam. Dekat Bali ini waktu malamnya lepas cepat beza 1 jam dari Malaysia. Terus aku ajak pak supir gi makan dulu baru dia hantar ke hotel. Makan malam hanya siteri aku je order, aku dan pak supir hanya minum je. Kami dibawa makan dekat restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro yang specialnya ayam tu boleh dimakan sekali dengan tulang. Lunak tu maknanya lembut. Korang leh makan tulang ayam tu sekali. Nasib baik aku rasa gak makanan yang isteri aku order, sedap dan memang betul tulang ayam tu lembut. Boleh dimakan sekali, licin. Aku pun pelik macam mana diorang masak sampai boleh lembutkan tulang ayam tu. Tak kisah lah janji halal.haha

Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro Bali

Hari Kedua Percutian Ke Bali Indonesia


Keesokkan harinya selepas sarapan, pak supir yang aku booking dari Malaysia datang ke hotel untuk ambik aku pergi ke tempat-tempat yang menarik di Bali.

Tari Barong Dan Keris

Tempat pertama aku pergi adalah pusat budaya Tari Barong Dan Keris. Menarik dan unik gak sebab tarian ini katanya tarian pemujaan bagi diorang dan siap ada pementasan cerita lagi. Aku tak paham pun tapi diorang ada bagi panduan jalan cerita. Kena baca dulu baru paham apa yang diorang pentasakan. Korang kalau nak masuk kena bayar dengan harga tiket Rp 100k seorang tapi tak ada lah rugi pun sebabnya korang boleh lihat pementasan cerita kisah budaya dan kepercayaan orang Bali. Kebanyakkan rakyat disini beragama Hindu.

Sari Wista Budaya: Tari Barong Dan Keris
Tari Barong Dan Keris

Pulau Penyu Bali

Disebabkan cuaca cerah, pak supir cadangan kami ke lokasi Water Sport. Banyak pilihan sukan air yang korang boleh pilih tapi kami tak bawa plak baju. Jadi isteri aku buat pilihan untuk ke Pulau Penyu. Macam-macam Penyu korang boleh tengok kat sini dari saiz kecik sampai lah besar, usia baby Penyu sampai ke usia berpuluh tahun. Ada juga beberapa haiwan yang lain yang boleh korang tengok disini. Harga pakej Pulau Penyu ini Rp 600k untuk 2 orang termasuk aktiviti fish feeding.

Pulau Penyu Bali

ADI SPA Tradisional 

SPA kat Bali memang terbaik tapi kalau korang nak gi spa kena lah pandai-pandai pilih tempat takut nanti kang korang masuk spa yang mengunakan minyak yang diperbuat dari minyak babi.. Hati-hati lah ye. Nasib baik aku amik pak supir, jadi dia bawakan ke lokasi spa yang menggunakan minyak dari sumber flora dan dapat diskaun harga pulak.

ADI SPA Tradisional Bali

ADI SPA Bali Indonesia

Pantai Dreamland Kuta

Lepas layan spa aku terus ke pantai Dreamland yang sangat cantik dan kalau korang tak datang ke sini memang rugi sangat lah. Kami siap masuk KLAPA Club sebab katanya di club ini boleh lihat pemandangan yang lagi cantik dari puncak bukit. Cuma satu je kalau masuk ke KLAPA Club ni kena bayar sebanyak Rp 100k sorang tapi sekali bayar je. Tapi korang boleh tukarkan harga tiket tadi dengan minuman atau makanan.  Aku rasa tak rugi pun masuk sini walaupun kena bayar sebabnya tempat memang menarik sangat dan satu kepuasan bila korang boleh tengok pemandangan pantai sewaktu matahari terbenam. Aku siap buat photoshoot tanpa sengaja oleh pak supir Yanto. Rupanya dia juga jurufoto prosefional di Bali ini, tak rugi kami amik dengan Avriel Yantohood. Recommended Avriel Yantohood travel!

Photoshoot by Ari yanto @ KLAPA Club Pantai Dreamland Kuta

Pantai Dreamland Kuta

Thanks Ari Yanto

Hari kedua aku berada di Bali, kiranya hari pertama aku dapat berjalan-jalan di Bali. Aku hanya sempat ke 3 lokasi sahaja sebab tempatnya agak jauh dari satu ke satu tempat. Pastu satu tempat makan masa berjam-jam kami lepak.

Hari Ketiga Percutian Ke Bali Indonesia

Hari ketiga ni hari terakhir aku dan isteri di Bali. Yup percutian kami agak singkat hanya 3 hari 2 malam sahaja. Sebelum balik aku sempat dibawa ke beberapa lagi lokasi menarik. Tambahan pula flight aku diberikan petang kerana masa flight waktu aku datang hari tu.

Tanah Lot Bali


Salah satu tempat peranginan yang wajib sampai oleh pelancong di Bali. Katanya Tanah Lot tu tebing tinggi yang ke tengah laut di pulau Bali. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu dan salah satu dari 7 kuil di laut sekitar Bali. Walaupun ianya tempat kuil tapi pemandangan sangat cantik, maksud aku pemandangan dari atas darat dapat aku tengok air laut yang warna biru, bersih dan ombak yang cukup kuat. Dekat sini ada jugak kedai-kedai jual cenderahati, macam-macam ada jual korang nak cari kopi Luwak pun ada. 

Motor ini je diorang tak jual haha
Tanak Lot Bali
Tu lah kuil Hindu yang berbentuk pulau kecil (anak panah tu)


Pantai Kuta Bali


Sebelum ke lapangan terbang sempat aku dan isteri singgah ke Pantai Kuta. Pantai ini paling ramai orang mandi dan menjadi lokasi tumpuan orang ramai, alah kira macam kat Port Dikscon tu. Aku jalan kejap je kat pantai sebab ramai sangat yang tak cukup kain hahaha.. Dekat sini korang boleh beli barang-barang cenderahati, kalau korang rajin tawar menawar leh dapat murah gak. Kat sini aku habiskan duit apa yang ada, cari cenderahati untuk keluarga di Malaysia.. 

Pantai Kuta Bali

Aku sangat puas hati percutian kali ini. Walaupun singkat dan tak banyak lokasi yang aku lawati tapi sangat menyeronokkan. Kalau korang nak tahu lebih info boleh ke blog isteri aku atau dapatkan pakej bajet dengan:

Tour-guide Bali : Avriel Yantohood