Ini blog pertama aku. Boleh juga aku katakan blog paksaan pertama. Keterpaksaan bukan kerana dipicu M16 oleh Sarjan Hassan, keterpaksaan bukan kerana ada yang mencuka, juga bukan kerana ada yang mengata.

Keterpaksaan lantaran ada cerita, tapi dikongsi sepi bersama telefon bimbit tercinta. Keterpaksaan kerana ada kesaksian pada perkara indahnya ciptaan Illahi, kagumnya aku dengan pemberian Ilahi pada manusia yang mengilhamkan ciptaan demi ciptaan, rekaan demi rekaan, tapi aku simpan sendiri dalam kotak pemikiran, dan akhirnya aku lupakan.
Bukankah kegembiraan itu sebenarnya ialah perkongsian? Bukankah antara tanda kesyukuran aku ialah secara lahiriah, bukan sekadar gumaman dalam hati? 

Aku berkongsi cerita, berkongsi rasa. Sekadar ingatan sebelum aku lupa.


AnakSarjan