Resort Exclusive Di Damai Laut Perak
Kali ini percutian aku bukan berdua sahaja tetapi bersmaa keluarga mertua. Dah lama niat isteri aku untuk bawa keluarganya bercuti akhirnya planning lah date yang sesuai. Itu semua dia pun planning, aku? ikutkan jelah apa yang dirancangan. Katanya nak bawa pergi Cameron Higland je tapi atas permintaan ayah mertua untuk ke pantai kami ikutkan. Yang penting niat isteri aku tercapai.
Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut menjadi pilihan isteri aku untuk bawa keluarganya. Turut serta percutian ini adik-beradik isteri aku. Swiss-Garden Beach Resort terletak di Pantai Damai Laut yang juga dalam satu kawasan di Teluk Senangin. Tapi ianya lebih exclusive kerana mempunyai pantai persendirian. Resort ini terdiri daripada 290 bilik elegan dilengkapi dengan kemudahan utama moden dan balkoni peribadi yang dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi.
- Bilik: Deluxe Garden View with Breakfast
|
Deluxe Garden View, Swiss-Garden Beach Resort |
Antara kemudahan yang disediakan seperti kolam renang (Swimming And Wading Pool With Sundeck), gym, sauna, Samsara Spa, cafe & live band show, minimarket, dan bilik seminar. Bagi perkhidmatan pula disediakan perkhidmatan Laundry & Dry Cleaning , perkhidmatan Limousine, Water Sport– banana boat, jetski, berkayak, outrigger dan Outdoor games- berkuda, ATV 4-wheel motorsport.
Harga pula kalau korang tengok dalam website resort memang terpaksa korang batalkan hasras untuk bercuti disini tapi sebenarnya tak terlalu mahal dan ia masih dalam kategori resort mampu menginap. Mula isteri aku bagitahu nak stay resort ini, mula peluh satu abdan tau. Tapi bila dia kata harga tak mahal dan berbaloi. Lega wei.. Harga bagi sebilik view garden adalah RM254.48 beserta dengan 2 pax untuk sarapan pagi.
- Kolam renang (Swimming And Wading Pool With Sundeck
|
Kolam renang (Swimming And Wading Pool With Sundeck) Swiss-Garden Beach Resort |
|
Kolam renang (Swimming And Wading Pool With Sundeck) |
|
Pemandangan pantai milik Swiss Garden |
|
Boleh buat photoshoot lagi tau |
Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut sesuai untuk percutian keluarga yang inginkan sesuatu privasi. Bagi aku resort ini menepati keselesaan dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Lagi satu isteri aku kata kalau korang inginkan pertambahan sarapan pagi, korang boleh buat terus dikaunter sewaktu checkin sebab dapat harga promosi hanya RM20 (dewasa/person) dan RM10 (kanak-kanak/person). Keseluruhan memang aku puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak resort.
Alamat: Persiaran Swiss-Garden, Jalan Damai Laut, Off Jalan Teluk Senangin,
32200 Lumut, Darul Ridzuan, Perak, Malaysia.
No. Tel: +605-684 3333
Fax : +605 – 618 3388
Email : reservation@sbdl.swissgarden.com
Biar Gambar Berbicara