Nikon D90 Bagus Ke?


Bila sebut sahaja Nikon mesti korang pun dah tahu kan.  Antara jenama yang menjadi terkenal khusus buat penggemar kamera DSLR. Aku bukan lah peminat kamera apatah lagi dengan kamera canggih ni kan,  kalau setakat kamera telefon itu memang mahir lah haha. Tapi bila isteri minat dengan aktiviti mengambil gambar dah jadi terikut pulak minat dia. Nak tak nak kena ikut lah kan,  jenuh kalau dia merajuk haha.

Akhirnya ini menjadi salah satu aktiviti aku masa lapang dengan kawan-kawan yang sama minat kamera DSLR. Sedikit sebanyak aku belajar dengan diorang cara menggunakan kamera. Tapi sekarang aktiviti outing kamera dah berkurangan yelah isteri aku sibuk dengan aktiviti bloggernya haha. Aku pun terjerebak sekali haha....