Flora Cafe Ampang Jadi Pilihan
Tak sangka rasa di surprise kan dengan dinner romantik. Terkejut gak bila disiapkan baju kameja untuk makan malam. Ingat makan dekat kedai biasa, tapi rupanya dinner di satu cafe yang penuh dengan bunga-bunga dan hiasan yang sangat romantik. Aku bukan lah seorang yang romantik ajak candle light dinner tapi bila isteri buatkan rasa dihargai sangat.
Inilah lokasi candle light dinner kami, sempena ulangtahun perkahwinan kami. Lokasi memang sangat sesuai untuk sambutan ulangtahun, hari jadi mahupun pelbagai majlis lain.
Parking dekat sini sangat mudah, korang boleh park betul-betul bawah mall. Parking pun banyak mungkin sebab dah malam. Sampai sahaja kami disambut oleh pelayan disini, diorang dah siapkan meja berhias untuk kami. Aku pulak terkedu banyak betul hiasan bunga dalam cafe ni, Siap ada lilin bagai atas meja kami.
Makan pun sedap dan banyak jugalah untuk 2 orang. Disini terdapat pakej makanan barat atau makanan Melayu. Set makanan yang isteri aku tempah adalah makanan barat, aku bukanlah pengemar makanan barat tapi sebab ada daging kambing bertambah selera lah aku. Korang yang nak buat makan-makan di cafe atau nak surprise kan isteri atau suami korang. Try ajak dinner atau lunch di Flora Cafe.
Alamat: Ground Floor,The AmpWalk 218, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
No Tel: 012-207 0166 / 03-2181 0986
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
No Tel: 012-207 0166 / 03-2181 0986
Email: florakafe@gmail.com
Facebook: Flora Cafe
Happy Belated Anniversary !
ReplyDeletehappy anniversary yanie & husband,,, romantiknya di tempat romantik
ReplyDelete